Sabtu, 4 Jun 2011

BUAH MARKISA

https://lh4.googleusercontent.com/-JOHciFJ9pOg/TepEUevsSBI/AAAAAAAABTI/0rgqH3WqElM/s512/Markisa.jpg
Petang Sabtu yang terluang  saya telah meronda kawasan kejiranan dan membuat tinjauan awal ke rumah Cik Nab yang akan mengadakan kenduri perkahwinan pada minggu hadapan. Entah macam mana mata ini terpandang buah markisa milik Abang Ismail KTM yang subur dan melimpah ke luar pagar. Dalam hati ini berkata...ada rezeki hari ini aku makan buah markisa, kerana ada 6 biji yang dah masak. Jangan tuduh saya ambil tanpa izin yea, pasal kebenaran telah diberikan oleh Abg Ismail sebelum buah markisa itu masak tau.... Buah yang diambil telah dikongsikan dengan Hasan Baharum (AJK Pengaduan). 

Balik terus buat jus....ternyata ini kali pertama dalam hidup saya membuat jus markisa. Fuh....yoo memang sedap dan menyegarkan. Lepas minum terus buat research dalam internet tentang khasiat buah markisa. Khasiat buah markisa atau dikenali sebagai buah susu memang mempunyai khasiat.

Buah Markisa ini mempunyai kebaikan vitamin C 10 kali ganda dari khasiat buah limau sunkist, berkesan untuk individu yang menghidapi penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi. Insyaallah.....dengan mengamalkan 2 biji sehari. Ianya memang berkesan.

Satu perkara yang tersirat yang ingin disampaikan kepada umum, iaitu  Bila kita bersatu dalam satu kesatuan contohnya Ahli Ronda SRS secara langsung keakraban semakin intim. Buah yang ditanam dapat dikongsikan bak kata perpatah “Orang berbudi kita berbahasa, berbudi pada tanah dapat jua jiran merasa” shukran jazeelan. 

Terima Kasih Kepada Encik Ismail bin Osman di atas sifat yang pemurah. Semoga tanaman yang ditanam berbuah lebat dan subur.

3 ulasan:

  1. As Salam..very good info..
    Saya ada sebatang pokok mangga yg saya tanam sejak saya pindah(thn 2000)..tapi sampai sekarang tidak pernah berbuah,pokok ini hanya lebat dgn daun..baja dah diletakkan,bermcm petua dah dilakukan..tp nampaknya setakat ini belum menampakkan hasil.
    Sahabat SRS,any comment?Adakah pokok ini perlu ditebang???

    BalasPadam
  2. Jangan sekurang2nya pokok menambah oksigen kat lorong 14/2. Tepuk batang pokok tu sikit...Pokok yg ditanam tu cita rasanya tinggi nak buat proses pendebungaan dgn pokok mangga lain.

    BalasPadam
  3. Buah ini ada dijual di Family Store S2.RM4++ /4 ke 5 biji..kalau tak silap..

    BalasPadam