Isnin, 27 Jun 2011

TIGA BULAN MENYERTAI BARU TAHAP LAYAK.

https://lh5.googleusercontent.com/-jOgae-AZ3Bk/TgiPda2DfUI/AAAAAAAABg0/zxjrCd7Eu4E/s912/RM52.jpg


Salam sejahtera kepada semua, Setelah 3 bulan menyertai nuffnang, blog yang terpencil ini memberi ganjaran kepada saya dan berstatus layak untuk cash out. Mungkin blog yang hebat lebih mampu menjana pulangan yang lebih lumayan, kerana blog kalian berstatus kelas atasan berbanding blog ini. Alhamdulillah, nilai ganjaran yang kecil ini memberi kegembiraan yang besar buat diri saya secara peribadi. Terima kasih kepada pengunjung-pengunjung blog angsamassrs2.blogspot.com kerana kehadiran tuan-tuan dan puan-puan telah menceriakan laman blog ini dan secara tidak langsung membuat sumbangan kepada Skim Rondaan Sukarela Sektor 1 Taman Angsamas., Seremban. Terima Kasih kepada semua. Salam Perpaduan.

Nota: Ahli Ronda SRS boleh beri cadangan apa yang boleh dengan RM 50 ini.

2 ulasan:

  1. Tahniah dan syabas kepada pengendali blog,betapa kalau kita berusaha ianya akan tetap berjaya.Mmmmm...berkenaan dgn duit tu dapat ke beli lembu seekor kita buat kenduri..hehe(gurau)
    Kalau tak buatla belanja mengguruskan blog, seperti adakan domain sendiri ke..:)

    BalasPadam