Rabu, 22 Jun 2011

IBU BAPA YANG BERJAYA IKHLAS HATINYA

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSpNzn0wiP1ZfVzEVQ5ZP-opj24yGTMD6vZF5qAJemD2LRdJa8CmQ
Alhamdulillah dikesempatan pada kali ini, ingin saya kongsikan ilmu ini untuk kita sama-sama menambah dan refresh diri kita ke arah kebaikan yang sememangnya dituntut dalam islam. Walau sibuk dengan tugas-tugas duniawi dan rencah kehidupan di masa kini, mencari sakinah dalam kehidupan usah kita lupakan.

Ibu bapa yang berjaya perlu memiliki hati yang ikhlas. Keikhlasan itu penting kerana ibu bapa adalah orang yang utama memegang amanah Allah dalam memelihara anak-anak. Apakah ciri-ciri orang yang ikhlas? Menurut Imam Muhassibi, orang yang ikhlas tidak peduli pada pujian orang. Malah dia tidak suka apabila orang mengetahui kebaikannya. Dia juga tidak marah apabila ada orang yang mengkritiknya.

Imam Abu Qasim al-Qusari pula berkat, ikhlas adalah mengesakan Allah dalam ibadah yang bermaksud mendekatkan diri kepada Allah dan bukan tujuan lain. Abu Ali ad-Daqaq mengatakan, ikhlas itu memelihara diri sesorang daripada ingin diperhatikan oleh orang lain apabila melakukan kebaikan.

Oleh itu, apa yang dimaksudkan den ibu bapa yangberhati ikhlas adalah ibu bapa yang membesarkan, membimbing dan mendidik anaknya dengan susah payah tanpa mengharapkan balasan dari sesiapa pun. Semua dilakukannya demi mencapai keredaan Allah semata-mata. Semua yang dilakukan itu adalah memenuhi perintah Allah dan balasan yang diharapkan hanya daripada Allah. Sama ada seorang anak kelak berbakti kepada ibu bapanya ataupun tidak, itu banyak bergantung pada cara didikannya sejak kecil.

Semoga kita mendapat manafaat dari artikel ini dan marilah sama-sama membuat pembetulan pada diri sendiri sebelum hati kita terus diwarnai titik-titik hitam.  Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan