Jumaat, 3 Jun 2011

SUKA TAK SUKA KITA KENA HADAPI DENGAN KESABARAN

https://lh6.googleusercontent.com/-YoNNC6jTvZU/Tejsr6NmE0I/AAAAAAAABR8/lUAV8DwHQlE/s720/IMG_3894.JPG

Perjalanan selama 7 jam di atas jalan raya setelah menghadiri satu majlis perasmian penutup di Taiping cukup  menguji kesabaran saya. Walaupun sekadar duduk sebagai penumpang, kelopak mata ini semakin menutup mata ini, kadangkala tanpa disengajakan terlelap juga (mengantuk gila). Namun saya kuatkan kawalan minda saya untuk mengawal rasa mengantuk yang supaya tidak membiarkan saja pemandu memberi perhatian terhadap pemanduan untuk pulang ke rumah. Kesesakan yang amat luar biasa saya rasakan pada hari ini mungkin disebabkan musim cuti sekolah (Rakyat Malaysia sedang bergerak ke destinasi percutian mereka) dan mungkin penambahan kenderaan yang mendadak pada masakini.

Berdasarkan pengamatan saya disepanjang perjalanan terdapat 5 kemalangan yang berlaku telah menjadi faktor utama kesesakan yang begitu merimaskan hari ini. Sekali sekala sempat juga saya memerhatikan gelagat pengguna-pengguna jalan raya. Entah macam mana mata ni terpandang seorang pemandu lori yang gila, mana tidaknya, dia boleh memejamkan mata  (tertidur) sedangkan tangan sedang memegang stereng lori yang masih bergerak di jalan raya, tak siuman atau dah hilang akal ke...apa buat macam tu. Kalau mengantuk tu pergilah singgah di R&R yang lengkapkan dengan kemudahan dan refresh diri tu  atau lelapkan mata yang mengantuk tu.. barang 10 atau 20 minit, tak merugikan masa pun kalau buat macam tu.

Perkara kedua yang nak  saya kongsikan kepada semua, iaitu sikap ego yang tinggi dari penguna jalan raya,  mulanya di lakukan oleh pengguna jalanraya yang memiliki kenderaan mewah atau CC besar. Tak sabar-sabar nak memecut ke hadapan untuk meninggalkan kereta-kereta kecik yang menghalang mereka. Beam lampu supaya kenderaan yang  berada dilorong kanan sekali dengan segera nyah dari lorong tersebut, pada hal kenderaan itu dalam status memotong. Biasalah CC kecik ambik masa nak pecut atau mereka memandu ikut had kelajuan yang dibenarkan. Perbuatan ini juga mengundang padah kepada pengguna lain bila masing-masing tunjukkan ego  mereka. Penting diri sendiri macam orang lain tak ada perasaan.

https://lh5.googleusercontent.com/-pqvnaiaO7Zg/TejtRATo8OI/AAAAAAAABSA/kTcYlC89EEw/s720/IMG_3891.JPG
Kajian yang dibuat memang telah membuktikan peratus yang tertinggi berkaitan sikap pengguna jalan raya adalah penyumbang utama yang menyebabkan kemalangan di jalan raya di negara kita. Jangan disebabkan ketidak peradapan kita di jalan raya menyusahkan pengguna lain.

Alhamdulillah, kini saya dah selamat sampai di rumah dan bila tengok jadual ronda hari ini, bukan kumpulan saya bertugas meronda malam jadi saya boleh rehatkan diri malam ini. Di akhir coretan ini  saya nak mengucapkan selamat meronda kepada Kumpulan B. Pastikan saya dapat tidur lena dengan khidmat bakti anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan