Selasa, 31 Mei 2011

GEMUK ATAU KURUS MANA PILIHAN ANDA

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQk-prgvDTxvT3v-pTdK9jtTNYT4W6vQhIDOymPLd0qXmVtzPBwvQ
Sudah lebih seminggu blog ini tak dimanafatkan dengan sebarang "entry".

Pada kali ini saya ingin mencoretkan dalam blog ini berkaitan saiz tubuh badan. Apa yang ingin saya kongsikan betapa pentingnya kesihatan dalam diri kita. Justeru itu apa kaitan dengan gemuk dengan kesihatan. Pakar-pakar perubatan telah menyatakan peratus orang yang gemuk terdedah pelbagai risiko penyakit adalah lebih tinggi daripada orang yang mempunyai tubuh badan yang kurus. Jadi bagaimana kita ingin tahap obesiti kita dengan saiz tubuh badan kita, jawapannya dengan pengukuran Body Mass Index (BMI).


Definisi Body Mass Index (BMI) atau Index Jisim Badan: BMI ialah ukuran statistik terhadap skala lemak badan berdasarkan kpd tinggi dan berat ideal. Ia terdiri drpd 5 kategori seperti berikut:
 

Kategori
Julat BMI
Kebuluran / Kurang Berat Keterlaluan Kurang drpd 15
Kurang berat Dari 15 ke 18.5
Normal Dari 18.5 ke 25
Berat Berlebihan Dari 25 ke 30
Obesiti / Kegemukan Lebih drpd 30

Macamana nak kira BMI anda? Di bawah saya sedia formula pengiraan Body Mass Index.



Berat ÷ Tinggi÷Tinggi


Sebagai mengambil contoh dan renungan kita bersama, selain mengundang pelbagai penyakit, kegemukan juga menyukarkan rutin kehidupan kita dan mungkin juga orang lain.

http://www.i-usahawansukses.com/blog/wp-content/uploads/2010/10/obese.jpg
GEORGE TOWN – Seorang lelaki obes terjatuh ketika berjalan ke tandas di rumahnya di flat Bandar Baru Ayer Itam di sini pagi semalam sehingga memaksa 10 anggota penyelamat mengerah kudrat mengangkat tubuhnya seberat 300 kilogram (kg) untuk dibawa ke hospital. M. Balaji, 43, terjatuh pada pukul 6.50 pagi membuatkan dia mengerang kesakitan akibat kecederaan di paha. Ibunya yang hanya dikenali sebagai Rajasundi, 60, cuba membantu tetapi gagal menolong Balaji berdiri sebelum menghubungi Hospital Pulau Pinang (HPP). Beberapa minit kemudian, lima anggota dari HPP dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) tiba di flat tingkat sembilan itu tetapi mereka sekadar mampu menarik Balaji ke ruang tamu dengan kain. Sewaktu lelaki itu diheret ke ruang tamu, dia menjerit kesakitan sambil memegang pahanya. Dalam keadaan terdesak, anggota pasukan penyelamat akhirnya mendapatkan bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Itam sebelum 10 anggota penyelamat mengangkat lelaki itu ke lif dan membawanya ke HPP. ” (nota dari akhbar Kosmo 27-Okt-2010).


Justeru itu, mari kita mengamal pemakanan yang baik dan sihat. Nabi Muhamad SAW telah berpesan kepada kita "makanlah apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang". Jangan ikut nafsu serakah, dan main hentam saja. Buatlah sebarang aktiviti riadah supaya badan tak menjadi belon dan hidup bahagia serta penuh keceriaan.


1 ulasan: