Selasa, 3 Mei 2011

AWAS PENGETAHUAN DAN KEPELBAGAIAN TEKNIK MENJADIKAN ANDA MANGSA

Saban hari, pasti ada kes jenayah berlaku dinegara kita. Kita sedar atau tidak, pelbagai bentuk kes jenayah kecurian dan jenayah pembunuhan sering kita dengar dan lihat dimasa kini. Tanpa mengira umur, individu dan berkumpulan, penjenayah sentiasa menggunakan sesaat kecuaian kita. Mereka juga merancang dan menggunakan teknik yang terkini bagi mencapai kejayaan misi jenayah mereka.
Terkini teknik baru yang digunakan bagi menjadikan pemandu jalanraya  pada waktu malam menjadi mangsa mereka, iaitu dengan melempar telur di cermin hadapan.


Jika anda sedang memandu diwaktu malam, secara tiba-tiba cermin kereta anda dilemparkan telur ayam. Jangan suis on wiper dan pancutkan air. Teruskan memandu dengan apa yang mampu dilihat sehingga anda berada di  tempat yang selamat. Ini kerana, telur ayam bercampur dengan air akan menjadikan cecair seperti susu (sukar  dihilangkan dengan mudah) dan menyebabkan tahap penglihatan mata kita menjadi kabur sehingga 92.5 peratus. Anda akan menjadi mangsa sekiranya anda berhenti sebaik saja mengalami  kejadian tersebut. Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa dengan gaya baru sipenjenayah.

Pesanan daripada PDRM. 
Sebarkan untuk kebaikan ...kita bersama

2 ulasan: