Selasa, 17 Mei 2011

BILA SEMANGAT KEJIRANAN TIADA, MAKA INILAH JADINYA

Jangan bila dah berlaku baru kita nak mengeluh, kesal dan geram. Sebelum ini adakah kita ambil kisah untuk meletakan kehidupan masyarakat yang baik, yang subur dengan kesatuan hati dan ambil kisah serta menyokong apa jua tindakan yang baik dalam kehidupan bermasyarakat. Jangan dicontohi individu yang tak ambil kisah dengan masyarakat.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEihDHTRXhBSyy3YVHFqKg37FcasXNQ5jhe3xV5iGCwjQyevUymOXGKlFyoWBiglMM_f48GcR0e1jKo_KXLnp0LtD8g-lXRc4rk3LpcL91Z-fKw6K0S3qbBKwIu_HiMoxPdCpdKsSm6Ec2oJ/s320/taman+kosas.jpg
Apa nak jadi pada masyarakat kita?, apa nak jadi pada masyarakat Taman Kosas Ampang? Contoh komuniti yang tidak baik...baca catatan dibawah:-

Ahad lalu seorang remaja perempuan 15 tahun, diekori oleh seorang pemuda 23 tahun dengan kereta Alphard. Perempuan remaja tersebut kemudiannya ditangkap oleh pemuda itu dipaksa masuk dalam keretanya yang diberhentikan di tepi jalan.

Kemudian pemuda tersebut melondeh remaja malang tersebut dan terus merogolnya didalam kereta itu juga. Ketika kejadian berlaku ia ditonton oleh orang ramai yang kemudiannya melaporkan kejadian pada polis. Polis sampai ditempat kejadian dalam masa beberapa minit kemudian dan terus memberkas pemuda itu. Ketika diberkas seluar pemuda itu masih lagi terlondeh. 

Bukan cerita seks yang nak saya paparkan kat sini, tetapi cerita sedih masyarakat kita yang langsung tak prihatin membiarkan remaja perempuan itu dirogol. Banyak kaedah untuk menghalang jenayah berlaku itu berlaku. Tetapi bila masyarakat tidak dibentuk dan tiada sebarang usaha untuk memperkuatkan semangat kejiranan, maka kes-kes jenayah akan berleluasa di perumahan kita. 

Renungkanlah kerana kehidupan yang aman dan tenteram tidak bersifat kekal atau tidak datang bergolek tanpa ada usaha dan tindakan daripada masyarakat itu sendiri.

Sumber Berita

3 ulasan:

  1. As Salam semua..
    Masyarakat kita sekarang ini terlalu mengambil mudah dgn alasan malas nak campur atau tak nak jaga tepi kain org..
    Selalunya bila berlaku sesuatu perkara org akan berkata..
    - Ahhh takpalah tu berlaku kat Amerika bukan kat Malaysia.
    - Bila berlaku kat Malaysia..Ahh takpalah tu berlaku kat Perak bukan kat N.Sembilan..
    - Bila berlaku kat N.Sembilan..Ahh takpalah tu berlaku kat Paroi bukan kat Angsamas..
    - Bila berlaku kat Angsamas.. Ahh takpa tu berlaku kat lorong XX bukan lorong 14/2..
    - Bila berlaku kat lorong kita ..Ahh takpa tu berlaku kat anak AAA bukan anak aku.!!!.
    - Bila berlaku kat anak sendiri barulah..nak kecoh..tp bak kata pepatah ..dah terhantuk baru nak tengadah..Menyesal kemudian tak berguna!!

    Fikir-fikirkanlah wahai Sahabat SRS dan masyarakat ku sekelian..

    BalasPadam
  2. Komen nie boleh jadikan artikel nie...thanks

    BalasPadam
  3. Wah,boleh jadi pemberita nie....

    BalasPadam