Selasa, 3 Mei 2011

KERJASAMA DIPERKUKUHKAN, SEMANGAT DISUBURKAN, MATLAMAT DIREALISASIKAN



Perjumpaan Bulanan Ke-10 Skim Rondaan Sukarela (SRS) Sektor 1 Tmn Angsamas telah berjaya dianjurkan pada 2 Mei 2011 yang mana bertujuan mendapatkan laporan dan perkembangan aktiviti rondaan dari setiap Ahli Ronda. Perjumpaan ini juga, bertujuan untuk memastikan kerjasama dikalangan ahli dipantau dan berada dilandasan yang kukuh. Disamping itu semua ahli  berpeluang mengeratkan siratulrahim sesama ahli dan mengutarakan cadangan bagi penambahbaikan SRS Sektor 1 Tmn Angsamas. Di dalam aspek lain ahli diberi maklumat semasa dan mengetahui kaedah dalam kepimpinan sesebuah organisasi.

Saya selaku Ketua Sektor  amat berpuas hati dengan kehadiran ahli-ahli di dalam perjumpaan tersebut, walaupun masih ada lagi ahli yang tidak dapat hadir disebabkan bekerja  shift malam dan ada juga ahli yang masih  dalam perjalanan pulang dari kampung halaman oleh kerana cuti umum yang agak panjang. Kepada Ahli Ronda yang telah hadir diucapkan terima kasih.

Beberapa cadangan dan persetujuan telah dicapai sebulat suara bagi SRS Sektor 1 Tmn Angsamas membuat perubahan dan peningkatan. Perjumpaan telah diakhiri dengan jamuan ringan sebagai tanda penghargaan kepada ahli-ahli yang hadir. Kami akan bergerak ke hadapan walaupun kerap kali perjumpaan tanpa kehadiran wakil dari KRT atau badan induk yang bertanggungjawab dlm pelaksanaan SRS.

Walaupun "Ada Pohon Rimbun, Tapi Tak Berbuah". Nak buek camno.........

3 ulasan:

  1. Teruskan usaha..
    Ramai yg akan mentertawakan kita apabila kita jatuh tersungkur..
    Malah yg lebih buruk lg ada yg mendokan kita jatuh,agar mereka tidak perlu lg merasa bersalah kerana tidak bersama-sama kita..

    Namun perjuangan mesti diteruskan..jenayah mesti dihapuskan dari kawasan kita..

    BalasPadam
  2. Saya suka bait2 ayat yang digunakan...

    BalasPadam
  3. Itu kata2 semangat bro..bukannya pantun @ syair..hehe.

    BalasPadam