Sabtu, 7 Mei 2011

HARI IBU 2011



Posted by Picasa
Pada hari ini saya ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan "SELAMAT HARI IBU" kepada semua kaum wanita di seluruh negara. Ketika saya membuat coretan ini, saya agak emosional, hinggakan tanpa disedari air mata ini menitis  berkali-kali ke pipi. Pertamanya, kerana Ibu saya telah kembali ke rahmatullah 3 tahun lalu. Kedua, saya mengenangkan terlalu getir dan sukarnya ibu saya membina kehidupan tanpa suami. Ketiga, setelah saya lahir saya hanya mengenali ibu hinggalah saya berumur 38 tahun tanpa mengenali wajah seorang ayah (melainkan abg & kakak saya).

Tanpa harta dan hidup yang daif membuatkan keluarga saya umpama tersisih dari saudara-mara. Saya amat bersyukur kepada Allah SWT dalam kesusahan dia memberi kekuatan kepada kami sekeluarga melalui liku-liku kehidupan. Terima kasih emak.... kerana telah bersusah payah berjalan kaki hampir 5 kilometer setiap subuh demi sesuap nasi dan memastikan saya mempunyai pendidikan.

Itulah keagungan seorang ibu yang tidak pernah bersekolah tapi beritizam untuk dua orang anaknya mempunyai status akademik yang lengkap. Saya redha dengan ketentuan Illahi kerana tidak sempat membalas sedikit pengorbanan emak. Kepada anak-anak yang masih mempunyai ibu sayangilah, kasihilah dan ingatilah ibu anda sementara mereka ada di depan mata anda. Jika mereka dah tiada anda akan tahu betapa sepinya anda di dunia ini. Sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keampunan dari segala dosa. Kenangilah pengorbanan dan kepayahan ibu semenjak kita masih di dalam perutnya.

Saya amat sedih melihat suasana sekarang ini, anak-anak yang masih bersekolah dah melawan ibubapa, hanya kerana permintaannya tidak ditunaikan dipukul, diugut, disepak terajang ibubapanya seolah-olah syaitan dah bertapa dalam otak anak-anak ini. Astafirullah halazim.....dunia dihujung usia.

"KASIH IBU HINGGA KE AKHIR HAYAT "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan