Ahad, 18 September 2011

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAJLIS BACAAN YASIN KHUSUS BAGI ANAK-ANAK YANG MENDUDUKI UJIAN PADA TAHUN 2011

https://lh5.googleusercontent.com/-M5xtzDoElPg/TnWxqvyRaGI/AAAAAAAABrQ/Ff5WcmVKJMg/s800/Edit%2525203.jpg

Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam Aidilfitri 2011...Artikel ini adalah sambungan dari artikel sebelum ini. Majlis ini telah dilangsungkan pada 17 Sep 2011 dan dianjurkan oleh Sukarelawan SRS Sektor Taman Angsamas. Alhamdulillah penganjuran majlis dapat dijayakan hasil dari kerjasama dan sokongan yang amat baik dari Sukarelawan SRS Sektor 1 dan jiran tertangga setempat. Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada rakan-rakan yang terlibat dalam melaksanakan tanggungjawab dan kerja-kerja persiapan majlis.

Secara peribadi saya juga ingin menzahirkan jutaan terima kasih kepada individu yang telah bermurah hati dengan menyumbangkan kewangan bagi menampung keperluan perbelanjaan hingga membolehkan majlis ini menjadi lebih ceria dan meriah.

Sesungguhnya penganjuran majlis pada malam ini bukan sekadar menikmati jamuan sempena aidilfitri tetapi lebih bertujuan mencapai objektif yang ingin saya nyatakan disini, iaitu:

Pertama memainkan peranan dalam meningkatkan perpaduan dan hubungan dikalangan jiran tertangga.

Kedua membina kemufakatan dan menerapkan amalan perkongsian bijak kepada semua jiran tertangga.

Ketiga sebagai penghargaan kepada sukarelawan SRS Sempena Ulang Tahun Ke-2 penubuhan SRS Sektor 1 Taman Angsamas.

1 ulasan: