Sabtu, 3 Disember 2011

JANGAN DILABELKAN DIRI KITA DENGAN PERIBAHASA HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI

https://lh3.googleusercontent.com/-8OhsGdRkRu0/Ttm6CGcB5-I/AAAAAAAACVg/d_5xVuWFzQk/s398/Untitled-1.jpg
Salam Sejahtera, Salam Perpaduan... Perumpamaan "harapkan pagar, pagar makan padi" bermaksud orang yang diberikan kepercayaan itu sendiri mengkhianatinya. Kepercayaan juga berlandaskan amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Tidak mengira organisasi, dibayar upah atau sukarelawan, sebagai individu yang memegang tugas apa pun posisi jawatan, wajib melaksanakan tugas sebagaimana amanah yang dipeturunkan kepada kita. Bila kita tidak amanah maka kita juga boleh ditakrifkan sebagai pengkhianat.

Saya petik berita sebagai renungan dan contoh: 
http://www.hmetro.com.my/articles/Bayarkomisenlepasrompak/Article

KUALA LUMPUR: Tiga anggota polis antara empat yang ditahan kerana disyaki terbabit kegiatan menyewakan senjata api jenis revolver .38 kepada pihak tertentu yang kemudian digunakan untuk melakukan jenayah termasuk rompakan. Difahamkan, senjata berkenaan disewakan pada harga RM2,000 hingga RM5,000 dan bayaran dilakukan secara komisen menggunakan wang hasil rompakan.

Menurut sumber, kegiatan itu terbongkar selepas Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu menahan dua individu termasuk seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu pada 29 November lalu.

Sehari selepas penahanan itu, dua lagi anggota polis yang bertugas di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, di sini, dicekup kerana disyaki menjadi antara individu yang mempunyai kaitan rapat berhubung kegiatan pengedaran serta penyewaan senjata api berkenaan. “Dua anggota polis yang ditahan di ibu negara itu berusia pertengahan 20-an dan mereka baru berkhidmat antara empat hingga lima tahun.

Bila ini berlaku seluruh organsasi akan tercemar.....sebab dek kita yang tidak amanah.

2 ulasan:

  1. Yang ditugaskan membenteras jenayah sendiri melakukan jenayah..pada siapa lagi yang perlu kita harapkan?

    BalasPadam
  2. Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelangga....

    BalasPadam