Rabu, 18 April 2012

PERUNTUKAN RANG UNDANG-UNDANG RUKUN TETANGGA 2012

Salam Sejahtera... Terus Baca yang penting di bawah:

Pelantikan Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga

7. (1) Seseorang Pengarah hendaklah, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penetapan sesuatu Kawasan di bawah seksyen 5 atau dalam apa-apa tempoh yang lebih lama sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah, melantik berkenaan dengan Kawasan itu suatu Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga yang hendaklah terdiri daripada apa-apa bilangan orang yang merangkumi pemastautin, orang yang mempunyai kepentingan dalam Kawasan itu dan orang lain, sebagaimana yang diluluskan oleh Pengarah.

(2) Pengarah hendaklah, selepas berunding dengan anggota Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga, melantik dari kalangan anggota Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga—
(a) seorang Pengerusi;
(b) seorang Timbalan Pengerusi;
(c) seorang Setiausaha;
(d) seorang Penolong Setiausaha; dan
(e) seorang Bendahari.

(3) Seseorang tidak layak dilantik sebagai anggota JawatankuasaKawasan Rukun Tetangga jika -
(a) dia belum mencapai umur lapan belas tahun;
(b) dia seorang bankrap belum lepas;
(c) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit atau kedua-duanya;
(d) dia bukan warganegara atau pemastautin tetap; dan
(e) dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk melaksanakan kewajipannya.

(4) Seseorang anggota Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan layak untuk dilantik semula apabila habis tempoh jawatannya, tetapi tidak boleh dilantik untuk lebih daripada tiga penggal berturut-turut melainkan dengan kelulusan Ketua Pengarah.

Akaun bank (Kewangan KRT)

13. (1) Semua wang yang diterima oleh Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga hendaklah didepositkan ke dalam suatu akaun bank di bawah nama Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga itu.

(2) Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga hendaklah menyebabkan akaun dan rekod aktivitinya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.

(3) Penyata akaun bagi Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga hendaklah diperiksa setiap tahun oleh dua pemastautin yang dilantik dari kalangan dan oleh pemastautin dalam Kawasan itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan