Ahad, 8 April 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ANJURAN MASJID AL HIDAYAH TMN ANGSAMAS


Photo Oleh: Pokcik Mail
Salam Sejahtera... Pada hari ini telah berlangsungnya Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW yang dianjurkan oleh Masjid Al-Hidayah Taman Angsamas. Majlis telah bermula dengan perarakan pada jam 8.00 pagi oleh kumpulan atau persatuan dalaman Tmn Angsamas.

Majlis memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW dijayakan dengan cemerlang serta turut mempamerkan kekuatan, kemufakatan dan kesepaduan masyarakat islam Taman Angsamas, bersesuaian dengan tema sambutan maulidur bagi tahun ini iaitu "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah". Majlis ini telah dihadiri oleh YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan - Menteri Besar Negeri Sembilan dan tetamu jemputan lain.

Ahli Ronda SRS Sektor 1 sub-unit dalam KRT Taman Angsamas turut bersama-sama di dalam perarakan dan mengimarahkan majlis. Syabas dan terima kasih kepada semua Ahli yang dapat hadir dan memberi komitmen yang cemerlang dalam majlis tersebut.

Nota dari Penyelia:
Saya selaku Penyelia SRS Sektor 1 merasa amat bangga dengan ahli-ahli yang tampil membuktikan hebatnya saudara-saudara dalam sukarelawan dan bersemangat tinggi dalam membantu perpaduan dalam komuniti.

1 ulasan:

  1. Terima kasih kepada ahli-ahli SRS dan kejiranan sektor-1 kerana turut serta dalam perarakan tersebut.Gambar sekitar perarakan Sila Klik Di sini

    BalasPadam