Khamis, 17 Mac 2011

JANGAN TERTIPU ATAU DITIPU

 * PENGAKUAN BEKAS DSM HAI-O MARKETING 

Kita ketahui bahawa produk yang ditawarkan perusahaan MLM sangat mahal dan kononnya terlalu eksklusif, sehingga kerap kali menyusahkan downline serta masyarakat dan sangat menguntungkan level di atasnya (up line). Seringkali harga produk di`mark-up' sampai empat bahkan lapan kali ganda dari harga yang sepatutnya. Bayangkan lah produk Water Filter yang seumpama dengannya malah mungkin lebih bagus pun dijual retail dalam lingkungan harga RM500.00 sahaja adakah patut Water Filter Bio Aura made in Taiwan ni yang nilai asalnya RM250.00~RM300.00 dijual pada harga RM2,100.00?? 

Ramai yang beli jugak kenapa? Sama ada yang beli tu masuk skim sebab nak join kawan-kawan jadi kaya raya ataupun memang bodoh bahalul tak tau harga pasaran sesuatu produk dan terpedaya tanpa usul periksa dengan testimoni Pak Long itu Mak Long ini yang sengaja diada-adakan. Hal ini seharusnya dihindari, kerana cara ini adalah mengambil keuntungan dengan cara yang bathil, karena mengandung unsur kezaliman, yakni membebankan masyarakat pengguna. 

Penetapan harga yang terlalu tinggi dari harga normal, sehingga membebankan pengguna, dapat dianalogikan dengan ghabn, iaitu menjual satu barang dengan harga tinggi dari harga modal sepatutnya. Syarikat Hai-O Cina ni memang pandai dalam strategi berniaga khususnya nak tipu orang melayu. Agaknya memang plan dia orang nak ambil kesempatan atas kebodohan melayu yang senang taksub dengan benda-benda karut dan testimoni Pak Long itu, Mak Long ini. 

Cuba pergi buat survey sikit, ada tak Water Filter Bio Aura kat rumah orang cina kat Malaysia ni padahal Hai-O ni orang cina yang punya. Tak percaya ? Ingat Hai-O ni orang melayu punya bisnes nak tolong melayu ? Bukak website Hai-O dan check laa sendiri. Barisan Pengurusan Tertinggi Hai-O 2009

1. Suvit Lee - Director (Hai-O Energy)
2. Boon On Suee - Director/ Asst. General Manager (Kinds Resource)
3. Tan Tok Keong - Director/ General Manager (Hai-O Raya)
4. Soh Ai Choo - Director/ Manager (Seagull Advertising)
5. Tan Keng Song - Group Executive Director
6. Ng Lip Yong @ Ng Lip Sat - Managing Director (Hai-O Energy)
7. Tan Kee Hock - General Manager (Hai-O Enterprise)
8. Tan Siow Eng - Group Chief Treasurer
9. Hew Von Kin - Group Chief Financial Officer
10. Jym Ow Chee Wei - General Manager (Hai-O Marketing)
11. Chua Chun Siang - Director/ Asst. General Manager (SG Global)
12. Chris Chia Kuo Wui - Group Executive Director/Director & Asst. General Manager (Grand Brands)
13. Chai Meng Kow - Director/ Asst. General Manager (Hai-O Medicine)
14. Julie Tan Chwee Sin - Group Admin & Porperty Manager
15. Erica Lai Ah Moy @ Lee Ah Moy - Director/Administration Manager (Hai-O Energy)
16. Lim Ai Aik - Personal Assistant to MD (Hai-O Enterprise)
17. Philip Teo Kheng Leong - Asst. Area Manager(Hai-O Raya)
18. Tan Soh Hoon - Adminstration, Asst.Manager (Hai-O Marketing)
19. Thomas Chong Kit Keong - Creative Director (Seagull Advertising)
20. Eric Hew Koon Soong - Internal Audit Asst Manager (Hai-O Enterprise)
21. Jason Hong Kok Siong - Marketing & Branding Manager (Hai-O Raya)
22. Tan Leok Kwee -Asst. General Manager cum Merchandising Development Manager (Hai-O Raya)
23. Tan Tin Hoong - Branch Manager(Hai-O Raya)
24. Tan Leok Yen - Customer Service, Asst. Manager (Hai-O Marketing)
25. Teoh Soo Hin - Group Advertising & Publicity Manager
26. Tan Hock Seong - Store, Asst. Manager (Hai-O Marketing)
27. Mohamed Tajuddin - Assistant General Manager (Hai-O Marketing)
28. Teo Yew Chai - Asst. Warehouse Manager (Hai-O Enterprise)
29. Liu Wu Chiu - Chief Research Officer (Hai-O Enterprise)
30. Jonathan Chong Chee How - Chief English Editor (Hai-O Enterprise)
31. Bryan Tee Woon Onn - Senior Area Manager (Hai-O Raya)
32. Woon Chin Keong - Asst Merchandising Manager (Hai-O Raya)
33. Yap Oi Lin - Operations & Planning Manager (Hai-O Enterprise)
34. Jackson Cheah Kah Loong - Group MIS Manager
35. Tan Siew Kheng - Accounts Manager (Hai-O Raya)
36. Miandy Lai Seng Mian - Group Accountant
37. Wong Leong Foo - Regional Manager (Hai-O Raya)
38. Penny Wong Yee Ping - Asst. Accounts Manager (Hai-O Enterprise)
39. Chu Huon Peng - Asst. Franchise Development & Operations Manager (Hai-O Raya)
40. Wong Kim Far - Sales Manager (Chop Aik Seng)
41. Florence Lee Yuen Ngor - Customer Service Manager (Hai-O Marketing)
42. Jessica Lim Yim Peng - Group Personnel Manager
43. Yap Sooi Mee - Group Finance Manager
44. Yap Ai Ho - Operations Manager (Hai-O Marketing)
45. Ng Soh Bee - Project Coordinator(Hai-O Enterprise)
46. Tan Wan Ewe - Operations, Asst. Manager (SG Global)
47. Nancy Chua Swee Tin - Customs & Shipping Manager (Hai-O Enterprise)
48. Tan Siew Ze - Asst. General Manager (Hai-O Marketing)
49. Tan Sit Chung - Product Development & Promotion cum Distribution Manager (Hai-O)

Syarikat Hai-O sedari awal lagi telah buat perkiraan, kalau Water Filter Bio Aura ni dijual retail dengan harga RM500.00 di pasaran susah nak laku sebab kena bersaing dengan macam-macam brand water filter yang seumpamanya atau yang lebih bagus malah harganya pun lagi murah dan berpatutan. Contohnya water filter jenama Philips yang bukan sahaja setakat sistem penapisan malah menggunakan teknologi pancaran cahaya Ultra Violet untuk membunuh kuman pun hanya berharga RM699.00 satu di Pasaraya Carrefour. So bagi memastikan, produk Hai-O dia orang laku macam goreng pisang panas, dia kasi plan yang memberi komisyen tinggi kepada promoter, lebih tinggi dari harga asal produk. Buat sistem MLM sebab telah terbukti orang melayu ni suka sangat dengan sistem MLM atau dalam erti lain kempen mulut ke mulut. Orang melayu memang cepat percayakan produk-produk melalui rekomen kawan-kawan atau saudara mara. Haa... nak lagi meyakinkan, taruk laa nama Bio ke .... Magnetic ke ...... Tok Guru ke .... Aura ke ... orang melayu memang sejak azalinya memang cepat percaya benda-benda tradisional karut marut ni. Jual laa Gelang Besi Magnet. ke... Loket dari Batu Gunung Berapi laa.... Air Beroksigen Tinggi laa ... Air Magnet ke Air Bateri ke.... apa-apa pun boleh asalkan selitkan testimoni orang itu orang ini. Nak lagi senang orang percaya, sebutkan kemujarabannya telah dirasai oleh sanak saudara kita sendiri ataupun artis selebriti mana-mana. Haaa orang melayu gerenti percaya punya. Sanggup keluar duit pelaburan ASN RM2,100.00 sebab nakkan jugak manfaat Water Filter Bio-Aura ni.

Siapa Yang Untung - Siapa Yang Rugi

Dalam MLM ni bila promoter nak dapat komisyen tinggi punya pasal, seribu tipu seribu bohong pun dia sanggup asalkan produk laku terjual dapat komisyen tinggi. Orang melayu jugak yang sanggup tipu orang melayu. Orang cina nak tipu sesama cina pun tak sampai hati. Orang melayu bila dengar aje petikan nas-nas atau hadis, ayatkan lagi sikit dengan Insyaallah ... berkat Allah, bla... bla... memang terus cair laa. Berapa ramaipun orang kita yang dah jadi jutawan Hai-O ni, ramai lagi laa orang kita yang dah kena tipu setiap seorang RM1,850.00 (harga beli RM2,100.00 - nilai sebenar produk RM250.00-RM300.00). Water Filter Bio Aura hanyalah water filter yang menjamin kebersihan air untuk pelbagai kegunaan tapi bukanlah mesin penapis seribu rahmat yang kononnya boleh mencegah anda dari dijangkiti penyakit-penyakit seperti Artritis, Pedih hulu hati, Keletihan yang kronik, Masalah penghadaman, Kekejangan kaki dan lain-lain lagi tu. Kalau nak dikira macam tu seribu lebih baik pergi minum air perigi Zam-Zam yang terbukti banyak mengandungi mineral dan nilai PH Alkalinya yang stabil. Ramai yang tidak faham-faham konsep pemasaran MLM Hai-O ni. Secara ringkasnya contoh perkiraan (sistem agihan kadar keuntungan berbeza-beza mengikut kumpulan pemasaran tertentu) busines Hai-O ni seperti di bawah.
1. Saudara masuk jadi Usahawan Hai-O kena bayar RM21,000.00. Selepas itu diberi bonus pendahuluan RM3,000.00 (sebenarnya dipulangkan kembali duit Saudara tadi ~ taktik lazim seperti dalam mana-mana Skim Ponzi atau Skim Cepat Kaya tu la juga).
2. Saudara diberi 10 x Water Filter Bio Aura (kononnya setiap satu produk bernilai RM2,100.00 sepertimana yang tertera pada kotak produk - so kira-kira produk yang Saudara dapat tu kesemuanya berharga RM2,100.00). Hakikat sebenarnya 10 x RM300.00 iaitu kesemua produk hanya bernilai RM3,000.00 sahaja.
3. Saudara perlu jual 10 x produk tersebut dengan nilai RM2,100.00 untuk dapatkan kembali pelaburan Saudara sebanyak RM21,000.00. Saudara kena yakinkan pembeli yang produk tersebut sememangnya berbaloi dibeli dengan harga RM2,100.00 (jangan sesekali beritahu yang nilai sebenar produk hanyalah RM300.00).
4. Andai kata dalam tempoh 2 bulan sahaja Saudara telah dapat menjual kesemua 10 x produk Water Filter Bio Aura tersebut Saudara akan dapat balik pelaburan asal RM21,000.00. Maka dalam tempoh 2 bulan sahaja Saudara telah berjaya menjaya pendapatan tambahan sebanyak RM3,000.00 (bonus pendahuluan) dari bisnes Hai-O.
5. Rumusan perjalanan aktivitinya seperti di bawah;
Modal Perniagaan RM21,000.00 = RM21,000.00
- RM3,000.00 (bonus pendahuluan untuk Saudara) = RM18,000.00
- RM3,000.00 (harga produk RM300.00 x 10 unit) = RM15,000.00
6. Kemanakah baki RM15,000.00 keuntungan tersebut perginya? Saudara hanya berperanan sebagai jurujual Water Filter. Saudara berjaya menjual 10 x Water Filter maka Saudara layak dapat upah RM3,000.00 (awal-awal lagi Saudara dah dapat). Kalau Saudara gagal menjual 5 x produk tersebut maka Saudara tanggung laa kerugiannya iaitu RM2,100.00 x 5 produk (Stok tidak laku dengan kos RM10,500.00). Pastikan Saudara dapat jual kesemuanya kalau tidak mahu rugi. Stok-stok produk yang tidak laku tidak boleh dipulangkan semula kepada Hai-O untuk dapatkan pulangan wang. Kalau Saudara ingin menggandakan pendapatan yang Saudara telah dapat sebanyak RM3,000.00 dalam tempoh 2 bulan tadi, haaa Saudara beli lagi 10 x produk dengan harga RM21,000.00 macam yang Saudara telah lakukan. Setiap RM21,000.00 yang Saudara laburkan Saudara akan dapat keuntungan RM3,000.00. Lebih kurang macam Saudara jadi jurujual yang jual produk kat kaki lima, setiap satu produk terjual Saudara dapat RM300.00.
7. Saudara hanya untung RM3,000.00 tetapi kemanakah perginya baki RM15,000.00 keuntungan tersebut? Syarikat Hai-O meraih keuntungan RM1,500.00 bagi setiap 1 produk yang terjual? Sebenarnya tidak sebegitu. Syarikat Hai-O cuma meraih keuntungan sebanyak RM500.00 sahaja untuk setiap satu produk yang terjual. Selebihnya adalah habuan kepada para Usahawan Hai-O (Upline-Upline) yang di bawah mereka Saudara bernaung. Contoh agihan keuntungan MLM bagi pelaburan sebanyak RM21,000.00 adalah seperti di bawah:
Syarikat Hai-O ~ Untung Bersih RM5,000.00 (*RM500 x 10 produk)
(RM8,000.00 ditolak kos produk # RM300.00 x 10 = RM3,000.00)
Si Polan Upline A ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)
Si Polan Upline B ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)
Si Polan Upline C ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)
Si Polan Upline D ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)
Si Polan Upline E ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)
Saudara ~ Komisyen Jualan RM3,000.00 (*RM300.00 x 10 produk)
MANGSA 1 (M1) [ M2, M3, M4, M5, M6, M7, M8, M9, M10]
Bayar RM2,100.00
Dapat produk # RM300.00
Kena Tipu RM1,800.00
(lihat * agihan hasil tipuan)
8. Andainya Saudara masih tidak mensyukuri rezeki yang telah Saudara terima... Saudara hendakkan lebih keuntungan tanpa perlu penat menjaja produk, kering air liur hanya nak dapatkan komisyen RM3,000.00 .... Saudara boleh tetapi dengan syarat kenalah mendapatkan prospek atau Down-line yang sanggup melaburkan RM21,000.00 untuk menjalankan bisnes jualan sepertimana yang Saudara telah laksanakan (untuk keuntungan rakan-rakan Upline). Bayangkan Saudara sudah berada di kedudukan Si Polan Upline E dan Saudara telah berjaya mendapatkan 10 x Downline. RM2,000.00 x 10 Downline sahaja Saudara telah menjana komisyen sebanyak RM10,000.00. Haaa ini lagi senang berbanding dengan setakat jadi jurujual yang kering air liur tapi dapat komisyen setakat RM3,000.00 aje. Cubalah Saudara bayangkan jika Saudara berjaya merekrutkan ramai Downline di bawah naungan Saudara. Saudara di kedudukan Si Polan Upline E dapat RM10,000.00 (mungkin dalam tempoh 1~2 bulan sahaja tu), kalau pada masa tu Saudara berada di kedudukan Si Polan Upline D pula mungkin dapat komisyen mencecah RM100,000.00 (mungkin dalam tempoh 1~2 bulan sahaja tu). Tidakkah LUMAYAN namanya tu?
Siapa Tipu Siapa
Ada akal ke Usahawan Hai-O ni suruh orang minum air paip tanpa dimasak terlebih dahulu. Ingat kuman bakteria dalam air tu besar sebesar telur kutu ke yang boleh ditapis-ditapis. Pembohong betul. Ataupun memang agenda Hai-O supaya orang ramai nanti dapat pelbagai macam penyakit... ada peluang jual ubat penawar lain pula. Tapi ada juga orang yang percaya cakap orang Hai-O ni. Nak buat macam mana, kecik-kecik dulu belajar Biologi tak habis. Apa yang `Doktor Hai-O' beritahu semuanya diterima bulat-bulat. Insyallah ..... kalau dapat sakit demam juga selepas itu, sesungguhnya semuanya dugaan dari Tuhan. Segala kejadian adalah kehendakNya juga kita diwajibkan berusaha, pakai produk Hai-O ni kira sebahagian dari usaha kita la. Semoga dimakbulkan segala doa dan diberkati segala usaha yang dimulakan dengan Bismillahirrahmanirahim.
Siapakah yang kena tipu ? Jawapannya ialah mereka yang membeli produk bernilai RM300.00 dengan harga yang telah dimarked up RM2,100.00. Terpedaya, teraniaya dan tertipu menyangkakan produk yang dibeli mempunyai seribu azimat.
Siapakah yang menipu ? Jawapannya ialah mereka yang menjual produk bernilai RM300.00 dengan harga yang telah dimarked up RM2,100.00. Mempedaya, menganiaya dan menipu mangsa supaya yakin produk yang dijual mempunyai seribu azimat. Tiada yang bercakap benar bahawa sesungguhnya dari jumlah RM2,100.00 yang dibayar itu RM300.00 untuk produk dan selebihnya RM1,800.00 adalah sedekah komisyen Up-Line.
Siapa yang untung ? Mereka yang bergelar Up-Line dan mempunyai pengikut Down Line yang ramai. Lagi banyak Down-line yang menjalankan kerja menipu orang, lebih banyak Water Filter Bio-Aura terjual maka lebih lebatlah income komisyen masuk dalam poket.
Siapa yang rugi ? Mereka yang bergelar Down Line yang menanggung dosa menipu orang ramai dengan hikayat Water Filter Bio-Aura yang mempunyai seribu satu azimat. Penat menipu untuk menjual 1 produk tapi komisyen yang dapat hanyalah RM300.00 tetapi Up-line yang di atas goyang kaki aje dapat habuan RM1,500.00 selebihnya. Mereka yang tidak berjaya menjual 10 x produk tersebut dengan harga RM2,100.00 terpaksalah menanggung kerugian pelaburan mereka sebanyak RM21,000.00.
Dipetik dari Zaharudin,net Facebook
SEBAGAI PERINGATAN KEPADA KITA SEMUA
Petikan dari: http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com/2011/03/sim-info-penipuan-bio-aura-hai-o.html
Moga perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada semua.

Rabu, 16 Mac 2011

KESIHATAN DIRI

Kalau kita ke supermarket atau farmasi, kita akan lihat banyak vitamin dan makanan kesihatan atau pemakanan tambahan yang dipamerkan. Maklumat-maklumat pemakanan yang tercatat di kotak produk tersebut sudah cukup untuk membuat kita pening kepala. Apakah vitamin atau mineral yang tercatat pada kotak-kotak tersebut dapat memberi manfaat kepada kita?

Beberapa kajian menunjukkan vitamin dan mineral tertentu dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 30 hingga 40 peratus malah dapat memperlahankan perkembangan penyakit tersebut. Vitamin juga membantu memperkuatkan sistem imun dan mereka yang mengambil vitamin dan mineral dipercayai mempunyai sistem imun yang lebih kuat. Sekiranya sistem imun kita lemah, kita akan terdedah kepada serangan berbagai-bagai penyakit dari dalam dan luar badan kita.

Jadi, pengambilan makanan kesihatan memberi manfaat kepada kita. Janganlah pula anda tidak  menjaga makanan anda dan mengharapkan pemakanan tambahan melakukan keajaiban. Makanan kesihatan dapat membantu mencegah penyakit walaupun anda mungkin memerlukan 6 bulanuntuk melihat keberkesanannya. Janganlah itu pula dijadikan alasan untuk tidak mengambilnya. Semakin awal anda bermula, semakin awal keberkesanannya.

Satu lagi cabaran ialah membantu sistem tubuh yang mula menurun. Apabila usia makin meningkat, kecekapan sistem tubuh kita tidak lagi seperti dulu. Sebagai contoh, perut kita tidak mempunyai cukup asid untuk membantu menyerap nutrien dari makanan. Ini bermakna sebanyak 40% dari nutrien dalam makanan tidak dapat diserap membuat kita kekurangan vitamin D, B6, B12, riboflavin, folat dan kalsium. Kebolehan sistem tubuh menyimpan nutrien juga menurun disebabkan oleh peratus lemak tubuh yang meningkat bersama umur.

Walaupun metabolisma membuatkan kita hidup dan sihat, ia juga menghasilkan sisa yang boleh membahayakan tubuh kita. Radikal bebas dan bahan lain yang terhasil dari proses metobolisma boleh merosakkan sel DNA dan membawa kepada banyak kesan umur tua. Kita memerlukan antioksida untuk melindungi diri dari serangan radikal bebas. Namun begitu, semakin meningkat usia, semakin susah untuk kita memperolehinya dari makanan harian. Jesteru kita perlu mengambil vitamin dan mineral tentu untuk memperolehi kesihatan
optimum.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan jumlah vitamin dan mineral yang diambil tidak melebihi had yang ditetapkan. Anda dinasihatkan untuk bertanya kepada doktor mengenai makanan kesihatan yang ingin diambil. Ini disebabkan terdapat beberapa makanan kesihatan yang tidak sesuai diambil bersama ubat-ubatan.
 

Disenaraikan beberapa tips untuk anda:
  • Elakkan multi-vitamin dengan formula "time release". Ketika sampai masa untuk hancur, ia mungkin terlalu jauh di dalam perut di mana penyerapan adalah lemah.
  • Simpan vitamin jauh dari tempat panas dan lembab
  • Ambil vitamin bersama makanan kerana beberapa nutrien memerlukan emak untuk berfungi. Jesteru mengambilnya bersama makanan rendah lemak adalah terbaik.
  • Semak tarikh "baik sebelum". Anda mungkin berjimat dengan membeli dalam kuantiti yang banyak, tetapi sebenarnya akan merugikan jika tidak dihabiskan sebelum tamat tempoh.
  • Jika anda merokok, walaupun tak kuat, ambil lebih vitamin dan mineral terutamanya vitamin C.
  sumber:http://www.kesihatan.biz

Selasa, 8 Mac 2011

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA 2011

Khas Untuk Kau Yg Bernama Wanita

Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjadi mangsa tohmahan dunia 

Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjadi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan dimata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan

Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa


Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGA TUA
Bukan kerana jernihnya mutiara
Mengalir deras di kelopak mata
Tetapi senantiasa mengumpul cahaya
Menghitung hari dengan selembar nasihat

Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoaan
Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis

Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi ingauan mata
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Disebalik tirai jiwa 
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
Mengharap keredhaan kehidupan awana


Petikan sajak drpd: Teratak Ilmu

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL TMN ANGSAMAS ANJURAN MASJID AL HIDAYAH

Majlis Sambutan Keputeraan Nabi Muhammad SAW telah diadakan pada 6 Mac 2011 bersamaan 1 Rabiul Akhir 1432H. Majlis yang mendapat sambutan yang menggalakan daripada muslimin dan muslimat Tmn Angsamas telah diserikan dengan acara perarakan dan dibajai dengan majlis ilmu yang telah di sampaikan oleh YBhg Hj. Nor Azamir bin Hj. Alias Timbalan Mufti Negeri Sembilan. Sekalung penghargaan kepada seluruh masyarakat islam Tmn Angsamas dan tahniah kepada barisan AJK Masjid Al Hidayah di atas penganjuran majlis yang mulia ini.