Rabu, 14 Mac 2012

BERTINDAK ATAU KESELESAAN HIDUP KITA AKAN MUSNAH

Telah berulang kali berita kekejaman dan kezaliman penjenayah dipertontonkan dan menjadi isu utama dalam negara. Kes anak kecil seperti SHARLINIE, NURIN dan yang terbaru NURUL ADIRA (DIRANG) telah menjadi mangsa kepada kerakusan & bangsat binatang yang bertopengkan manusia. Berita seumpama ini semakin menggerunkan kita, kejayaan menemui semula mangsa penculikan tidak pernah kedengaran. Maknanya, si bangsat-bangsat itu masih di luar sana. Pelaku jenayahnya pula orang yang dikenali atau berhampiran dengan kediaman keluarga mangsa.

Justeru itu, buat ayah dan ibu, berhati-hatilah. Lihatlah di mana anak kalian kini berada. Doakanlah kesejahteraan mereka sentiasa. Kita bukan anak orang ternama dan bangsawan. Sedarlah rumah berkongsikan dinding dengan jiran kita. Di kawasan perumahan kita masih ada yang jiran tetangga yang kita tidak kenali.

Sudah masanya kita berubah dari hidup tak ambil tahu dengan jiran tetangga kepada kehidupan bermasyarakat. Mari kita berganding bahu untuk mewujud sistem jaringan keselamatan komuniti setempat.

Buat para pemimpin & pihak penguatkuasa, gandakanlah usaha kalian dalam memastikan kesejahteraan ummat di negara ini, khususnya. Semua orang perlu memainkan berperanan.

Segelintir masyarakat kita sekarang ini terlalu mengambil mudah dengan alasan malas nak campur atau tak nak jaga tepi kain orang. Selalunya bila berlaku sesuatu perkara orang akan berkata.

Ah takpalah tu berlaku kat Amerika bukan kat Malaysia.
Bila berlaku kat Malaysia..Ah takpalah tu berlaku kat Perak bukan kat N.Sembilan.
Bila berlaku kat N.Sembilan..Ah takpalah tu berlaku kat Paroi bukan kat Angsamas.
Bila berlaku kat Angsamas.. Ah takpa tu berlaku kat lorong XX bukan lorong 14/2.
Bila berlaku kat lorong kita ..Ah takpa tu berlaku kat anak AAA bukan anak aku.!!!.
Bila berlaku kat anak sendiri barulah..nak kecoh..bak kata pepatah "dah terhantuk baru nak tegadah" Menyesal kemudian tak berguna!!

2 ulasan:

  1. Aikk..mcm pernah tengok aje ayat-ayat dalam perenggan terakhir tu.
    Saya sebenarnya nak menitik air mata bila melihat/membaca kisah Dirang.Apalah dosa anak sekecil itu diperlakukan sedemikian rupa!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin juga akan berlaku pd sapa2 kita tak tahu..minta dijauhi segala bala Amin...

      Padam