Isnin, 19 Mac 2012

MAJLIS PENGHARGAAN DAN MERAIKAN AHLI SRS




Photo Oleh: Pokcik Mail
Salam Sejahtera... Satu majlis santai dan sederhana telah dianjurkan pada 18 Mac 2012, ianya bertujuan meraikan Ahli SRS Sektor 1 Taman Angsamas yang akan berhijrah, sambutan Hari Lahir dan penyampaian sumbangan ahli/keluarga ahli yang dimasukkan ke hospital.

Ahli yang berhijrah iaitu Saudara Romzi bin Luckman (permastautin sementara) akan berhijrah ke tempat baru disebabkan penugasan kerjaya di Pulau Pinang.

Setelah lebih 2 tahun beliau menjadi warga kejiranan Taman Angsamas dan menjadi Ahli SRS kini beliau meninggalkan kami dengan seribu kenangan yang akan menjadi ingatan kami semua. Dalam ucapan penghargaan, beliau telah merakamkan terima kasih di atas penganjuran majlis dan mengakui keseronokan sepanjang beliau menjadi warga di sini. Beliau juga berharap hubungan siratulrahim terus berkekalan walaupun tidak lagi menjadi ahli SRS Sektor 1 Taman Angsamas dan memohon maaf jika ada sebarang kesilapan atau kesalahan yang telah di lakukan.

Di majlis ini juga telah diadakan acara memotong kek oleh beberapa ahli yang menyambut ulang tahun kelahiran mereka. Menyambut hari lahir secara kelompok ini akan mula dianjurkan secara berterusan sebagai penghargaan kepada Ahli SRS Sektor 1 Taman Angsamas. Acara bergambar beramai-ramai menjadi acara kemuncak dan di akhiri dengan jamuan.

Kepada Ahli SRS yang terlibat dalam gerak kerja dan yang telah menyumbang berupa makanan sehingga majlis ini penuh ceria dan berjalan lancar, saya ucapkan syabas dan terima kasih. Semoga penganjuran begini akan meningkatkan lagi semangat setiakawan dan berdiri teguh sebagai Ahli SRS Sektor yang memainkan peranan membantu mengekalkan keamanan dan keharmonian penduduk.

Galeri Foto

Tiada ulasan:

Catat Ulasan