Isnin, 5 Mac 2012

NAK KASI DENGAR SIKIT

Salam Sejahtera... Pertamanya ingin saya kongsikan kepada semua tentang Pusat SRS yang disediakan di Negeri Pahang. Menariknya tentang keseragaman struktur binaan dan istimewanya diperuntukkan oleh JPNIN kepada Skim Rondaan Sukarela di dalam negeri tersebut. Apa yang boleh dikatakan, perancangan dan pelaksanaan yang baik dari Agensi yang terlibat secara langsung akan meningkat kesedaran dan memotivasikan ahli sukarelawan. Bak kata perpatah "Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri" itulah realitinya.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg_BJkj78HViyxVTtxjwW2cjOPx-9P3AqT8Vod51D6_x3cwzVw4xOfMclSQuehHNyx6wLy0Q410HVH4sH56tUkPGOgSj1H6wp0Dym0-7L1loLPgLut0VxI3F0heX1WyETgIIqGO-mjZwG0/s1600/DSCN2137.JPGNamun kami boleh berbangga walaupun tidak disediakan Pusat Ronda sebegitu, di atas usaha sendiri dan sokongan yang diberikan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan kami berjaya mendirikan Pusat SRS Sektor kami sendiri. Kalau nak berharap dengan sipolan sampai tahun ke 5 pun takkan ada Pusat Pondaan, maka duduk tepi longkanglah lagi gamaknya.

Bila ditanya siapa Pengerusi SRS?......"Saya". Apa yang kamu rancangkan dan laksanakan untuk SRS kamu?......... Jawapannya "Saya tak tahu nak buat apa-apa dengan Sektor SRS".

Keduanya, baru-baru ini, telah dianjurkan bengkel SRS di Port Dickson selama 3 hari bermula 2 hingga 4 Mac 2012, seramai 3 orang Ahli SRS Sektor 1 Tmn Angsamas telah berpeluang menyertainya. Amat diharapkan informasi dan perkongsian pengalaman SRS ditempat lain dikongsikan pula bersama Ahli yang tidak berpeluang. Apa yang mampu saya katakan "Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan". Kepimpinan yang bagus akan mencemerlangkan organisasi.

Kepada JPNIN NS saya ucapkan syabas kerana membawa tranformasi kepada peserta bengkel.  Dengar cerita dari Ahli SRS, Timb Pengarah En Magendran cukup sporting, mesra dan sangat komited. Tahniah.. kepada semua.

1 ulasan:

  1. Teringat saya kata-kata pengarah diakhir sesi dailog..kalau kita tak bolih nak bersatu dlm keluarga kita sendiri bagaimana nak kita ujudkan perpaduan dikalangan masyarakat..Mmmm...kalaulah pengerusi KRT tmpt saya tahu akan tugas dan tanggungjawab beliau sebagai pemimpin ,tak la kami 'tak cukup makan' sebagaimana 'anak2' dia yg lain...huhuhuhu

    BalasPadam