Jumaat, 9 Disember 2011

DUIT SATU SEN MASIH BERNILAI PADA KITA

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjNFpO2-A9lnqy2OM0YEIrPpNcd10bxPJFR7oD9trxTzhMtva7MF0MUeDp7TQkeYmGCBPsKOY7msUNuIzqUOib_1TJ9SiiJ4hncFq3pU6ns_hUbm5npixrbeCorLmxyBNsnvoa_1OUVRzM/s411/Untitled-2.jpg

Salam Sejahtera... Nyamuk bertelur di dalam air bertakung seperti di kolam, baldi, tin, tayar terpakai dan lain-lain. Sekiranya ikan dibela di dalam tangki/bekas maka ianya tidak menjadi masalah kepada kita.

Adakah anda tahu bahawa terdapat satu cara yang sangat mudah dan sangat menjimatkan untuk memusnahkan telur nyamuk sebelum menjadi larva. Hanya masukkan duit syiling 1 sen beberapa keping ke dalam tangki/bekas, maka ia akan menyelesaikan semua masalah anda.

Berdasarkan penyelidikan Saintis Jepun, mereka mendapati telur nyamuk akan dimusnahkan oleh sejenis pelepasan mineral dari tembaga.

Tak percaya, cubalah sendiri. Malah siput-siput kecil juga tidak akan melawat bekas yang berisi air (yang mengandungi berberapa keping duit 1 sen). Air yang ditakung di dalam bekas juga akan menjadi bersih dan jernih.

Saya kongsikan untuk anda dan selamat mencuba.

Selasa, 6 Disember 2011

HP SAUCE & TOBACO SAUCE DISAHKAN HARAM UNTUK ORANG ISLAM

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjyUgkfRLC6vz8lctdZXBcekCi6acaCr7rTvm_N59J9_MNXhn3bkACN6VXgSQP3uTZkADlm-Zf1TiqZUWiJNN4IkriimKZZe9uctPgEHJ03AfB3mLSxGVffCbLwT3OO50yfsrbgCSkeBl0/s512/380083_10150450842992402_154249112401_8555619_1491822411_n.jpg
Salam Sejahtera & Salam Perpaduan... Sebelum ini telah dimaklumkan produk ini haram digunakan oleh pengguna yang beragama islam, meskipun disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bahawa sos jenama HP Souce dan Tabasco mengandungi Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi, namun masih ada peniaga tetap menjual dan meletakkan produk itu sebaris dengan produk sos halal yang lain. Saya lampirkan surat daripada JAKIM berkenaan pengharaman tersebut. Masih banyak sos yang disahkan halal untuk kita guna. Pilihan ditangan anda.

POS RONDA SRS PERTAMA DI TAMAN ANGSAMAS



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEihXEbtUZ4lbn4kTb5MdWEbtctJ83MLLMJyyqlU8ZLVtQVonioGuw5Nip7WtH5Tl2MsP0QcHf0A7nJbOppp-jxkAav8DEmsy9JU3J9fqxP_CYqFK2WBpLO3lDeangfafecRzUrzYUwMNW8/s720/IMG_9015.JPG

Salam Sejahtera... Sebelum ini, saya ada menulis artikel yang mempunyai kaitan dengan keperluan Aktivis Sukarelawan SRS iaitu pos atau pondok sebagai satu signifikan wujudnya aktiviti Skim Rondaan Sukarela Sektor 1 Tmn Angsamas. Inilah (rujuk gambar) status projek pembinaan Pos. Ironinya Pos Ronda ini adalah yang pertama di dalam Taman Angsamas. Diharapkan pembinaan pos ini siap sebelum bermulanya sesi sekolah tahun 2012 kerana murid yang selalu menunggu bas di sini dah tak sabar nak menggunakannya.

Terima Kasih Kepada Kerajaan Negeri Sembilan di bawah pemerintahan YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap ADUN Kawasan Rantau.

Sabtu, 3 Disember 2011

JANGAN DILABELKAN DIRI KITA DENGAN PERIBAHASA HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjNOkGmcvBR0Pt2M3WtzMENAXQmR5kGAodpZUVjGCixoGhyphenhyphenBhQSJATVF5H65pUg87UMMsHPT5vY2qT4FMZn9Ls_hzXAFxuf2yjVH4ZgAnwjpjVwpMMiS779-DsektV0DyqTI9kyXIeWRGc/s398/Untitled-1.jpg
Salam Sejahtera, Salam Perpaduan... Perumpamaan "harapkan pagar, pagar makan padi" bermaksud orang yang diberikan kepercayaan itu sendiri mengkhianatinya. Kepercayaan juga berlandaskan amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Tidak mengira organisasi, dibayar upah atau sukarelawan, sebagai individu yang memegang tugas apa pun posisi jawatan, wajib melaksanakan tugas sebagaimana amanah yang dipeturunkan kepada kita. Bila kita tidak amanah maka kita juga boleh ditakrifkan sebagai pengkhianat.

Saya petik berita sebagai renungan dan contoh: 
http://www.hmetro.com.my/articles/Bayarkomisenlepasrompak/Article

KUALA LUMPUR: Tiga anggota polis antara empat yang ditahan kerana disyaki terbabit kegiatan menyewakan senjata api jenis revolver .38 kepada pihak tertentu yang kemudian digunakan untuk melakukan jenayah termasuk rompakan. Difahamkan, senjata berkenaan disewakan pada harga RM2,000 hingga RM5,000 dan bayaran dilakukan secara komisen menggunakan wang hasil rompakan.

Menurut sumber, kegiatan itu terbongkar selepas Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu menahan dua individu termasuk seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu pada 29 November lalu.

Sehari selepas penahanan itu, dua lagi anggota polis yang bertugas di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, di sini, dicekup kerana disyaki menjadi antara individu yang mempunyai kaitan rapat berhubung kegiatan pengedaran serta penyewaan senjata api berkenaan. “Dua anggota polis yang ditahan di ibu negara itu berusia pertengahan 20-an dan mereka baru berkhidmat antara empat hingga lima tahun.

Bila ini berlaku seluruh organsasi akan tercemar.....sebab dek kita yang tidak amanah.