Selasa, 1 Mei 2012

MESYUARAT TAHUNAN 2012


Salam Sejahtera.... Pada 30 April 2012 - Skim Rondaan Sukarela Sektor 1 Tmn Angsamas telah mengadakan mesyuarat tahunan bagi tahun 2012. Seramai 26/42 Ahli telah berkesempatan menghadirkan diri dalam mesyuarat yang bermula pada pukul 9:00 malam. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:-
  1. Kata-Kata Aluan.
  2. Pembentangan Kewangan Tabung Ahli SRS Sektor 1.
  3. Membincangkan Perkara Berbangkit.
  4. Pembubaran AJK.
  5. Pelantikan AJK Sesi 2012-2014.
  6. Menerima Usul-Usul Baru.
  7. Lain-Lain Hal.
  8. Ucapan Penangguhan.
Walaupun lokasi mesyuarat diadakan di Pusat Kawalan namun perjalanan mesyuarat dapat dilaksanakan dengan baik tanpa menjadikan keselesaan sebagai halangan utama.

Kesimpulannya setelah SRS Sektor 1 Tmn Angsamas hampir melangkah tahun ke-4, kami terpaksa melalui liku-liku atau cabaran semasa tanpa bantuan dan sokongan yang baik daripada KRT Tmn Angsamas, selaku badan induk SRS. INSYALLAH dengan kerjasama padu dan kesepakatan daripada Ahli, peranan dan fungsi aktiviti sukarelawan rondaan dan aktiviti kemasyarakatan terus dijana dengan cemerlang.

Rabu, 18 April 2012

PERUNTUKAN RANG UNDANG-UNDANG RUKUN TETANGGA 2012

Salam Sejahtera... Terus Baca yang penting di bawah:

Pelantikan Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga

7. (1) Seseorang Pengarah hendaklah, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penetapan sesuatu Kawasan di bawah seksyen 5 atau dalam apa-apa tempoh yang lebih lama sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah, melantik berkenaan dengan Kawasan itu suatu Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga yang hendaklah terdiri daripada apa-apa bilangan orang yang merangkumi pemastautin, orang yang mempunyai kepentingan dalam Kawasan itu dan orang lain, sebagaimana yang diluluskan oleh Pengarah.

(2) Pengarah hendaklah, selepas berunding dengan anggota Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga, melantik dari kalangan anggota Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga—
(a) seorang Pengerusi;
(b) seorang Timbalan Pengerusi;
(c) seorang Setiausaha;
(d) seorang Penolong Setiausaha; dan
(e) seorang Bendahari.

(3) Seseorang tidak layak dilantik sebagai anggota JawatankuasaKawasan Rukun Tetangga jika -
(a) dia belum mencapai umur lapan belas tahun;
(b) dia seorang bankrap belum lepas;
(c) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit atau kedua-duanya;
(d) dia bukan warganegara atau pemastautin tetap; dan
(e) dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk melaksanakan kewajipannya.

(4) Seseorang anggota Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan layak untuk dilantik semula apabila habis tempoh jawatannya, tetapi tidak boleh dilantik untuk lebih daripada tiga penggal berturut-turut melainkan dengan kelulusan Ketua Pengarah.

Akaun bank (Kewangan KRT)

13. (1) Semua wang yang diterima oleh Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga hendaklah didepositkan ke dalam suatu akaun bank di bawah nama Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga itu.

(2) Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga hendaklah menyebabkan akaun dan rekod aktivitinya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.

(3) Penyata akaun bagi Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga hendaklah diperiksa setiap tahun oleh dua pemastautin yang dilantik dari kalangan dan oleh pemastautin dalam Kawasan itu.


Selasa, 17 April 2012

PERUNTUKAN RANG UNDANG-UNDANG RELA 2012

https://encrypted-tbn3.google.com/images?q=tbn:ANd9GcS7Nuw0IG1mTCZXDOsGMt-FCLuV1fDXW6jt36zdy61O1q5frZty
Salam Sejahtera... Parlimen yang bersidang pada pagi ini telah membacakan dan meluluskan undang-undang bagi RELA. Berdasarkan pengumuman melalui Berita Utama TV3, berikut dinyatakan bagi hebahan semua. Majikan wajib beri perlepasan kakitangan anggota RELA jalani latihan.
  1. Majikan tidak boleh potong gaji kakitangannya ketika latihan.
  2. Majikan boleh didenda RM6,000 jika sabit kesalahan.
  3. Tempoh latihan tidak lebih 10 hari.
  4. Denda / Penjara jika memiliki perakuan perlantikan tanpa anggotai RELA.
  5. Denda / Penjara halang seseorang daripada sertai RELA.
  6. Denda / Penjara menyamar anggota RELA.
  7. Menteri berkuasa tentukan elaun Anggota RELA.
Bagi Sukarelawan SRS nantikan Rang PINDAAN bagi Rukun Tetangga dan Skim Rondaan Sukarela.

Ahad, 8 April 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ANJURAN MASJID AL HIDAYAH TMN ANGSAMAS


Photo Oleh: Pokcik Mail
Salam Sejahtera... Pada hari ini telah berlangsungnya Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW yang dianjurkan oleh Masjid Al-Hidayah Taman Angsamas. Majlis telah bermula dengan perarakan pada jam 8.00 pagi oleh kumpulan atau persatuan dalaman Tmn Angsamas.

Majlis memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW dijayakan dengan cemerlang serta turut mempamerkan kekuatan, kemufakatan dan kesepaduan masyarakat islam Taman Angsamas, bersesuaian dengan tema sambutan maulidur bagi tahun ini iaitu "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah". Majlis ini telah dihadiri oleh YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan - Menteri Besar Negeri Sembilan dan tetamu jemputan lain.

Ahli Ronda SRS Sektor 1 sub-unit dalam KRT Taman Angsamas turut bersama-sama di dalam perarakan dan mengimarahkan majlis. Syabas dan terima kasih kepada semua Ahli yang dapat hadir dan memberi komitmen yang cemerlang dalam majlis tersebut.

Nota dari Penyelia:
Saya selaku Penyelia SRS Sektor 1 merasa amat bangga dengan ahli-ahli yang tampil membuktikan hebatnya saudara-saudara dalam sukarelawan dan bersemangat tinggi dalam membantu perpaduan dalam komuniti.